suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Parah Ditetak Empat Lelaki

ALOR SETAR: Seorang lelaki mengalami kecederaan serius selepas empat lelaki tidak dikenali menyerangnya di sebuah kedai kopi dekat Jalan Kilang Tebu pada Khamis.

Low Khee Meng, 20, sedang bersarapan dengan seorang rakannya di sebuah kedai kopi kira-kira pukul 10 pagi apabila empat lelaki menyerangnya menggunakan sebilah parang.

Low meluru masuk ke bilik stor kedai kopi terbabit untuk berlindung manakala rakannya, yang hanya dikenali sebagai Raajeswaran, 25, melarikan diri dari kedai tersebut.

Namun, sekumpulan lelaki tersebut dapat mengesan Low dan menetak belakangnya di dalam kedai kopi itu manakala pemilik kedai tersebut menyaksikan insiden itu.

Raajeswaran berjaya melarikan diri dengan beberapa kesan kecederaan kecil.

Pemilik kedai kopi itu yang enggan dikenali berkata, Low dan Raajeswaran baru saja memesan makanan apabila empat lelaki itu keluar dari sebuah kereta lalu menyerang mereka.

Katanya, beliau menyedari kereta tersebut dipandu sekitar kawasan kedainya lebih daripada tiga kali sebelum berhenti.

tetak, cedera

Artikel Lain