suria

Ops Cermin Gelap Diteruskan - Trafik

Operasi cermin gelap tetap akan diteruskan biarpun ada pihak yang minta pertimbangan.

PETALING JAYA: Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, Operasi Cermin Gelap tetap akan diteruskan seperti yang ditegaskan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi.

Mohd Fuad berkata, sebelum ini ada pihak yang minta pertimbangan mengenai penggunaan cermin gelap ini.

"Memang ada berbangkit namun ia tetap akan diteruskan seperti mana kata Datuk Aziz.

"Operasi ini bukan sahaja melibatkan pasukan trafik, tetapi semua penguatkuasa termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta bahagian narkotik.

"Kalau cermin terlalu gelap sehingga menyukarkan kita melihat keadaan di dalam, apa sahaja jenayah boleh berlaku," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini Mohd Fuad menetapkan tempoh sebulan bermula 15 Mei lalu kepada pengguna cermin gelap untuk membukanya.

Bagi memberi gambaran jelas mengenai penggunaan cermin gelap, satu bengkel akan diadakan pada 2 Jun ini diketuai oleh Polis Trafik dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Bengkel tersebut melibatkan pelbagai jabatan berkaitan dan pelbagai lapisan masyarakat.

Cermin Gelap, Polis Trafik

Artikel Lain