Lelaki Rakam Kelibat Buaya Di Sungai Klang - Semasa | mStar

Lelaki Rakam Kelibat Buaya Di Sungai Klang

PETALING JAYA: Seorang pengguna laman sosial Facebook yang dikenali sebagai Fadhlan HelangPutih mendakwa telah merakam kelibat seekor buaya di Sungai Klang pada Ahad lalu.

Pendedahan itu dibuat selepas individu tersebut mendakwa berjaya merakam kelibat buaya semasa berhenti di laluan motosikal Lebuhraya Shah Alam (Kesas) semasa dalam perjalanan dari Klang ke USJ.

Dalam entrinya, Fadhlan HelangPutih mendakwa, rakaman itu dibuat pada pukul 2.50 petang (14.50) dengan disaksikan oleh empat penunggag motosikal lain.

"Pernah drgr (dengar) org kata sg.klang ada buaya tapi aku tak caye (percaya).... Erm... Skrg sendiri yg lihat..... Uh!!!!! Benar rupanya......

"Kebetulan naik moto (tunggang motosikal) dari klg (Klang) nk ke usj... Namapak (nampak) penungang lain jegok2 bawah tu... Try ar jegok nampak ekor binatang berenang2 masuk bawah jembatan tapi ekor tu aku yakin buaya...

"Jd ambik fon.. G (pergi) ke sebelah jembatan... Yes!! Dapat rakam.... Erm... Hope korg sebarkan video ni kerna jgn pula ada anak2 atau sesiapa yg sangkan," jelasnya dalam entri tersebut.

Entri lelaki yang tinggal di Klang itu kemudian mendapat sebanyak 2,225 kongsi (share) dan tujuh komen daripada rakan-rakanya sehingga pukul 10.30 pagi Khamis.

Kesas , Buaya , Sungai Klang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain