Kes Teoh Beng Hock: Pegawai SPRM Suspek Utama - Peguam - Semasa | mStar

Kes Teoh Beng Hock: Pegawai SPRM Suspek Utama - Peguam

PUTRAJAYA:  Mahkamah Rayuan pada Rabu diberitahu bahawa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan suspek utama dalam kes kematian pembantu politik DAP Teoh Beng Hock dan dengan itu keterangan mereka perlu dilayani dengan berhati-hati.

Peguam Gobind Singh, mewakili keluarga Beng Hock, berhujah keterangan saksi-saksi bebas semasa ikues di Mahkamah Koroner Shah Alam mendedahkan pegawai-pegawai SPRM tidak bercakap benar.

Beliau mendakwa terdapat keterangan bahawa pegawai berkenaan telah menggunakan kekerasan terhadap Beng Hock sebelum ditemui mati pada 16 Julai, 2009.

Hujahnya Mahkamah Koroner tidak sepatutnya mengggunakan standard bukti lebih tinggi untuk mencapai keputusan terbuka dalam kes Beng Hock.

"Terdapat cukup alasan untuk Koroner mencapai keputusan bahawa kematian adalah secara pembunuhan atau oleh orang yang hadir di pejabat SPRM, tempat si mati ditahan semalaman," katanya di hadapan penel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Dua lagi anggota panel ialah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer.

Gobind Singh berhujah Mahkamah Koroner dan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mengekalkan keputusan terbuka inkues itu, gagal mengambil kira bahawa inkues itu lebih kepada usaha mencari fakta dalam memastikan sama ada wujud elemen jenayah dalam kematian Beng Hock.

Sementara itu, pihak pendakwa raya, diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nadia Hanim Tajudin dan Mohamad Abazafree Mohd Abbas, berhujah keterangan oleh empat pakar, termasuk pakar forensik British Prof Dr Peter Vanezis, semasa inkues itu mendapati kecederaan dialami Beng Hock adalah konsisten dengan kecederaan akibat jatuh.

Nadia Hanim berkata hanya pakar dipanggil oleh perayu (abang Beng Hock, Teoh Meng Kee), pakar patologi Thailand Dr Pornthip Rojanasunand tidak bersetuju dengan pandangan itu dengan merumuskan bahawa 80 peratus adalah homisi (pembunuhan) dan 20 peratus bunuh diri dengan kecederaan pada leher Beng Hock mungkin akibat jerutan.

Katanya Dr Pornthip lebih banyak bergantung kepada gambar diambil sebelum bedah siasat pertama dan pakar patologi itu tidak pernah hadir semasa autopsi dilakukan.

"Beliau membuat spekulasi dan tidak konsisten semasa memberikan pandangannya, terutama tentang kecederaan di leher Beng Hock," katanya.

Beliau berkata Dr Pornthip juga tidak pernah pergi ke tempat kejadian.

Hakim Mohamad Ariff memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis mereka dalam dua minggu sebelum mahkamah menetapkan tarikh untuk menyampaikan penghakimannya.

Meng Kee memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Koroner pada 5 Januari, 2010 yang memberikan keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri atau dibunuh dan juga tiada pihak ketiga terlibat dalam kematian itu.

Beng Hock, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, tempat terletaknya ibu pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai, 2009.

Teoh Beng Hock , Gobind Singh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain