suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hudud: Kerana Terdesak, PAS Terima Pendirian Dyana

TELUK INTAN: PAS seolah-olah terdesak apabila mengambil sikap menerima pendirian calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK), Dyana Sofya Mohd Daud berhubung pelaksanaan hukum hudud.

Dyana sebelum ini menyatakan beliau tidak menolak hukum hudud tetapi akan menentang jika rang undang-undang mengenai pelaksanaannya dibentangkan di Parlimen.

Malahan, parti yang menggerakan usaha hudud di Kelantan itu dilihat seperti memberi kelonggaran kepada Dyana dalam isu ini walaupun pada hakikatnya calon PRK yang mewakili DAP menolak pelaksanaan hukum itu.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, parti tiada masalah dengan pendirian berbeza yang dinyatakan Dyana kerana ia masih dalam skop demokrasi.

“Orang menganggap bahawa apa yang dibawa oleh Kerajaan PAS di Kelantan seolah-olah bertentangan dengan proses demokrasi. Tidak, kita tidak memaksa, kita tidak mengambil jalan pintu belakang untuk sesuatu pelaksanaan atau hukuman.

“Ia (pandangan Dyana) masih di dalam skop ruang demokrasi,” katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama media yang turut disertai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Kampung Padang Tembak di sini, Rabu.

Ditanya adakah pendekatan yang digunakan Dyana itu berhubung perbezaan pandangan mengenai hudud dilakukan secara berhemah, sebaliknya Mahfuz hanya menjawab: "Bantahan yang dilakukan Gerakan lebih ekstrem."

Gerakan sebelum ini mahu menghantar notis saman kepada PAS sekiranya rang undang-undang persendirian bagi melaksanakan hukum hudud di Kelantan dibentangkan di Parlimen.

Ini termasuk rancangan Gerakan yang mahu mengadakan benteng manusia bagi menghalang kemasukan Ahli Parlimen PAS ke bangunan Parlimen.

 

Artikel Lain