suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gadis 13 Tahun Dirogol Rakan Facebook Dalam Pertemuan Kali Kedua

KOTA KINABALU: Seorang pelajar berusia 13 tahun mendakwa dirinya dirogol oleh seorang budak lelaki yang baharu dikenalinya selama dua minggu di Facebook.

Kejadian itu didakwa berlaku ketika temujanji kali kedua mereka pada Isnin, gadis itu memberitahu polis.

Budak perempuan itu telah bersetuju bertemu lelaki berusia 18 tahun itu untuk makan tengah hari sebelum pergi ke sebuah bangunan di Jalan Singapura, di bandar Sandakan di mana dia mendakwa dirinya telah dirogol.

Difahamkan, sehari sebelum kejadian, iaitu selepas mereka bertemu buat kali pertama, lelaki terbabit telah meminta untuk bertemu sekali lagi pada hari seterusnya apabila dia berulang kali mengaku mahu mengadakan hubungan seks.

Gadis itu berkata dia enggan berbuat demikian pada mulanya tetapi akhirnya bersetuju kerana lelaki terbabit bersungguh-sungguh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Superintendan Fadzil Mohd Ali berkata kejadian itu disedari apabila ibu gadis itu bertanya mengapa dia pulang lewat dari sekolah.

"Selepas ibunya memaksa gadis itu untuk memberitahu ke mana dia pergi mangsa memberitahu ibunya mengenai kejadian itu," katanya.

Supt Fadzil berkata ibunya membuat laporan polis dan mangsa telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.
rogol, gadis

Artikel Lain