PRK Bukit Gelugor: Abu Backer Buat 'Drama' Lagi - Semasa | mStar

PRK Bukit Gelugor: Abu Backer Buat 'Drama' Lagi

GEORGE TOWN: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Perlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan sekali lagi membuat 'onar' apabila tidak muncul pada sidang media yang dijanjikan.

Tindakan tersebut mengundang kecaman daripada pihak media  yang menunggu selama setengah jam di lobi Hospital Loh Guan Lye di Jalan Macalister di sini.

Lebih buruk, media turut diminta oleh pihak hospital supaya beredar dari kawasan tersebut.

"Minta maaf, pihak media tidak dibenarkan untuk berada di sini. Sebarang sidang media juga tidak dibenarkan untuk diadakan di sini kerana takut mengganggu pesakit lain," kata jurucakap hospital tersebut.

Terdahulu, Abu Backer, 46, memaklumkan kepada media untuk mengadakan sidang media mengenai perkembangannya di lobi hospital.

Namun, kelibat beliau yang ditunggu-tunggu sejak pukul 4.30 petang tidak kelihatan, malah mesej yang dihantar menerusi aplikasi Wassapp turut tidak dibalas.

Menurut jurucakap hospital, Abu Backer dinasihatkan doktor supaya berehat dan tidak dibenarkan untuk bergerak dan banyak bercakap.

Sementara itu, difahamkan beliau mengalami jangkitan paru-paru selain patah tulang pinggul dan retak tulang rusuk selepas mendakwa 'dilanggar' kereta Ketua Menteri Lim Guan Eng di perkarangan DUN Pulau Pinang petang Selasa.

Beliau turut mendakwa akan menyaman Guan Eng atas kecederaan yang dialaminya itu.

Abu Backer yang menunggu di hadapan pintu utama DUN sejak pukul 12.30 tengah hari Selasa bertindak merempuh kereta dinaiki Guan Eng sebelum terjatuh di atas jalan raya.

Beliau menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang sebelum dibawa ke sebuah hospital Loh Guan Lye lewat malam Selasa.

Sementara itu, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh yang mengulas mengenai kejadian tersebut berkata Abu Backer tidak melakukan sesuatu yang menyalahi  undang-undang pilihan raya.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Itu adalah cara dia (kempen) jadi tiada tindakan undang-undang SPR akan diambil," kata beliau ketika ditemui di Balai Polis Air Itam pada Rabu.

Bukit Gelugor

Artikel Sebelum

Pemandu MPV Maut Rempuh Bas Ekspres

Artikel Berikut

Kanak-Kanak Dirogol Jiran

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain

Minamino jadi buruan Liverpool

Guardiola bakal tinggalkan City?