suria

Anwar Beri Amaran Kepada Tiga Calon Timbalan Presiden

Anwar Ibrahim.
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada tiga calon timbalan presiden kerana didakwa meletakkan parti itu dalam bahaya. 

Beliau menuduh Umno dan TV3 telah mengambil kesempatan daripada persaingan sengit dalam merebut kerusi nombor dua dalam parti serta kekecohan yang dilakukan sekumpulan penunjuk perasaan di luar ibu pejabat PKR pada malam Selasa dengan mendakwa apa terjadi sengaja dilakukan oleh penyokong tiga calon berkenaan. 

"Saya beri amaran kepada tiga calon timbalan presiden. Apa yang berlaku telah menghancurkan parti. 

"Dan untuk apa? Untuk memenuhi nafsu (bagi mendapatkan kuasa)," katanya, sebelum memujuk hadirin yang berkumpul dihadapan Merchant Square supaya bersurai. 

Sehingga kini, saingan bagi jawatan timbalan presiden menunjukkan Azmin Ali masih dihadapan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan  Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail. 

Anwar yang juga Penasihat PKR, mengatakan beliau tidak akan membela mana-mana ahli parti sekiranya mereka berhadapan dengan tindakan disiplin, termasuk dipecat. 

Beliau berkata akan mengambil tindakan keras terhadap mereka yang berdemonstrasi. 

Hampir 60 orang menyertai demonstrasi itu menyatakan rasa tidak puas hati terhadap penipuan dalam sistem pemilihan dan pendakwaan terpilih yang berlaku.

Mereka mendesak tindakan diambil terhadap aktivis PKR, Badrul Hisham Shaharin (yang lebih dikenali sebagai Chegubard) yang secara terbuka mengkiritik sistem pemilihan yang tidak teratur. 

"Chegubard mempunyai alasan sendiri. Kami menyiasat terlebih dahulu. Jika kita gantung atau pecat dia, tidak akan ada penyiasatan," kata Anwar. 

Terdahulu, jawatankuasa disiplin telah mengumumkan pemecatan empat ahli dan penggantungan 11 yang lain. 


Anwar Ibrahim, timbalan presiden

Artikel Lain