Pasangan Di Johor Didakwa 'Eksploitasi' Pekerja Indonesia - Semasa | mStar

Pasangan Di Johor Didakwa 'Eksploitasi' Pekerja Indonesia

MUAR: Pasangan suami isteri didakwa oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin kerana mengeksploitasi tiga pekerja asing melakukan kerja secara paksaan.

Tertuduh, Lee Soon Sim, 56, dan Wong Seong Siew @ Wong Ah Kow, 68, didakwa melakukan kesalahan itu di No 114, Jalan Abdullah di sini dari awal Januari 2011 hingga 28 Januari tahun ini.

Pasangan itu, yang menguruskan sebuah salun rambut menghadapi tiga pertuduhan berasingan terhadap Martini, Hatiah Lukman dan Orance Nabunome, kesemuanya warganegara Indonesia kerana menggaji buruh secara paksaan.

Mereka telah didakwa kerana gagal mematuhi Seksyen 91 (A) Akta Kerja 1955 (Akta 265), yang menonjolkan kegagalan untuk membayar gaji dalam tempoh tertentu seperti yang ditetapkan dalam Akta.

Kedua-duanya kemudian didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti- Pemerdagangan Orang dan Anti- Penyeludupan Migran 2007, dan boleh menghadapi hukuman maksimum sehingga 15 tahun penjara dan denda maksimum RM500,000 jika sabit kesalahan.

Pasangan itu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan kepada mereka dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.

Difahamkan Hatiah bekerja di salon manakala dua yang lain adalah pencuci di rumah pasangan itu.

Hakim Sesyen Roszianayati Ahmad kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM25,000 setiap seorang dan menetapkan 9 Jun untuk sebutan semula kes penyerahan dokumen dan pelantikan peguam bagi tertuduh.
pekerja Indonesia , eksploitasi

Artikel Sebelum

26 Dicekup Sabung Ayam

Artikel Berikut

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain