suria

Kehilangan Min You: Belum Ada Maklumat Selepas 6 Hari Siasat

KOTA KINABALU: Selepas enam hari disoal siasat oleh polis, keluarga kanak-kanak hilang, Low Min You masih gagal memberikan sebarang maklumat mengenai kehilangan anak mereka.

Ibu bapa kanak-kanak itu, Low Yee Sheng, 31, Yong Siou Yee, 26 dan rakan kepada Sheng iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun yang direman sejak 14 May lalu bagi membantu siasatan kini dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketiga-tiga mereka sebelum ini direman selama tiga hari namun dilanjutkan tempoh reman pada 17 May lalu untuk disoal siasat.

Min You dilaporakn hilang kira-kira pukul 5.50 pagi pada 9 May ketika sedang tidur di dalam kereta bapanya yang diletakkan di sebuah stesyen minyak di sini ketika bapanya ke tandas.

Bagaimanapun selepas disiasat, polis mendedahkan bahawa Min You sebenarnya hilang sejam sebelum itu di lokasi berbeza.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib dan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Jauteh Dikun bagaimanapun gagal dihubungi bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Pada Ahad Hamza memberitahu bahawa Min You mungkin masih hidup, namun tidak memberi penjelasan lanjut.

Polis dijangkan akan mengadakan sidang media khas berhubung kehilangan Min You pada Selasa.
Low Min You, Kanak-kanak hilang

Artikel Sebelum

Artikel Lain