suria

Perunding Hartanah Bebas Tuduhan Kunci Peti Undi

Gambar hiasan menunjukkan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memasukkan sampul yang mengandungi dokumen penting ke dalam peti undi mengikut tempat dan saluran yang akan digunakan pada hari pengundian PRU-13 tahun lalu.
KAJANG: Mahkamah Majistret di sini melepaskan dan membebaskan seorang perunding hartanah daripada pertuduhan mengunci dua peti undi selepas proses pengundian awal, pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), tahun lepas.

Dalam keputusannya, Majistret Abdul Jalil Salam Mohamad mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan kes prima facie terhadap Susan Lee Pek Sim, 55, di akhir kes pendakwaan selepas mahkamah mendengar keterangan lapan saksi.

Pada 3 Mei tahun lepas, Susan, yang ketika kejadian merupakan petugas di tempat mengundi kepada calon DAP bagi kerusi Parlimen Serdang, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, tanpa kuasa yang sepatutnya telah mengunci dua peti undi itu dengan mangga kuncinya sendiri.

Susan Lee Pek Sin


Susan didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Markas Tentera 21, Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (Askar Wataniah) Kajang Utama, di sini, pada 7.15 malam, 30 April tahun lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 3(1)(i) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azari Harun dan Siaw Chooi Chin manakala Susan diwakili peguam Edmund Bon dan New Sin Yew.

Pada PRU13, kawasan Parlimen Serdang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon DAP Dr Ong Kian Ming dan Datuk Yap Pian Hon daripada Barisan Nasional.

Ong menang dengan majoriti 42,206 undi.
PRU-13, Kunci Peti Undi, DAP

Artikel Berikut

Artikel Lain