suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam: Bunuh Dan Curi Kenderaan Rakan

MIRI: Seorang warga Indonesia dibunuh rakan senegaranya di sebuah gerai minuman di Kuala Baram di sini malam Ahad.

Muhammad Zainul Arifin, 24, yang berkerja di sebuah syarikat perkapalan ditikam dengan pisau kira-kira pukul pukul 10 malam.

Ketua Polis Miri ACP Gian Tian Kee berkata seorang suspek telah ditahan sementara pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu ditemui.

Beliau berkata mangsa sedang minum bersama rakannya dan bertemu dengan tiga suspek dalam gerai yang sama.

"Mangsa dan tiga suspek berkenaan kemudiannya pergi ke sebuah lorong berhampiran dan tidak lama kemudian mangsa dilihat oleh saksi-saksi berjalan terhuyung-hayang dan rebah di bahu lorong itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa ditikam di sebelah kiri perut. Orang awam cuba untuk menyelamatkannya dengan menghantar ke Hospital Miri tetapi mangsa sudah meninggal dunia," kata Gian.

Beliau berkata dua suspek yang melarikan diri itu kemudiannya dipercayai terbabit merompak kenderaan pikap yang dipandu seorang mekanik berusia 34 tahun pada pukul 3.40 pagi Isnin.

Mereka mengacukan pisau kepada mangsa sebelum melarikan pikap berkenaan serta wang tunai berjumlah RM1,400 yang terdapat dalam kenderaan itu.

Polis sedang memburu kedua-duanya.


Kuala Baram, Polis

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Polis Terima 9 Laporan

Artikel Lain