suria

Penganggur Mahu Terjun Jambatan P.Pinang Berjaya 'Diselamatkan'

GEORGE TOWN: Seorang penganggur lelaki berusia 30 tahun berjaya diselamatkan selepas dia cuba untuk melompat dari Jambatan Pulau Pinang.

Dalam kejadian pada pukul 9.10 pagi Isnin, seorang pemandu yang sedang dalam perjalanan ke Butterworth, melihat seorang lelaki yang duduk di tembok jambatan dengan sebelah kakinya tergantung, di KM7.4.

Difahamkan lelaki itu berjaya ditarik dengan selamat oleh pemandu itu, sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan oleh pihak polis.

Mereka yang mempunyai masalah boleh menghubungi Befrienders di talian 04-2815161 atau 04-2811108 di Pulau Pinang, 05-5477933 atau 05-5477955 di Ipoh dan 03-79568144 atau 03-79568145 di Lembah Klang.
terjun, jambatan P.Pinang

Artikel Sebelum

Polis Terima 9 Laporan

Artikel Berikut

26 Dicekup Sabung Ayam

Artikel Lain