suria

Fasa Baharu Carian MH370: Kapal Peninjau China Kaji Dasar Laut

PETALING JAYA: Sebuah kapal peninjau China akan menjalankan kajian batimetri di dasar laut dalam bagi mencari pesawat MH370 Malaysia yang hilang.

Pihak berkuasa Malaysia, Australia dan China bertemu pada hujung minggu di Fremantle, Australia, bagi membincangkan mengenai kajian batimetri tersebut.

Kajian ini akan memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang diberikan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, menurut satu kenyataan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama pada Isnin.

Ia telah memutuskan bahawa kapal China, Zhu Kezhen akan menjalankan tinjauan kaji selidik batimetri dan dijadual belayar di kawasan tersebut pada Rabu.

Sementara itu, kapal pertahanan ADV Ocean Shield tiba di Geraldton, Australia Barat, untuk memulakan persiapan bagi menerima alat ganti berkaitan transponder yang dipasang di kapal Ocean Shield dan Bluefin-21.

Pembaikan adalah bertujuan untuk membetulkan isu perkakasan yang memberi kesan kepada keupayaan transponder untuk berkomunikasi semasa menyelam.

Masalah ini menjadi ketara semasa misi Bluefin-21 yang dilakukan kali terakhir pada Selasa.

Ujian akan dijalankan di Geraldton sebelum Ocean Shield melakukan transit kembali ke kawasan carian.

Penerbangan MH370 dengan 239 orang di atas kapal termasuk 12 anak kapal meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi pada 8 Mac dan hilang dari skrin radar kira-kira sejam kemudian semasa di Laut China Selatan.

Satu carian multinasional Boeing 777-200 telah dilakukan, dengan yang pertama dilakukan di Laut China Selatan dan kemudian bertukar ke Lautan Hindi.
Zhu Kezhen, ADV Ocean Shield

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain