suria

Dua Lelaki Ditahan, Diesel 400 Liter Dirampas

SEREMBAN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri Sembilan menahan sebuah lori tanah yang sedang mengisi diesel di sebuah stesen minyak di Jalan Seremban-Tampin dekat ini, awal Isnin.

Ketua Pegawai Penguatkuasa PPDNKK negeri, Saifulbahri Abdul Kadir berkata, lori itu ditahan dalam Op Titik pada pukul 12.30 pagi dan pihaknya merampas 400 liter diesel bersubsidi bernilai RM800 serta menahan dua lelaki berusia 20-an dan 30-an.

"Lori itu didapati mengisi bahan bakar berkenaan dan pemeriksaan lanjut, kami mengesan tangki tambahan yang telah diubah suai," katanya di sini.

Saifulbahri berkata, siasatan awal mendapati anggota sindiket itu dipercayai singgah di beberapa stesen minyak tertentu untuk membeli bekalan diesel.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti penyelewengan bahan api bersubsidi di kawasan mereka boleh menghubungi pejabat PPDNKK Negeri Sembilan di talian 06-6016500.

diesel, Op Titik, stesen minyak

Artikel Lain