suria

Pemotong Daging Di Hotel Ditahan Miliki Ganja

Ganja dan peralatan lain yang ditemui di dalam loker pemotong daging yang ditahan polis di Batu Feringgi, Ahad.
GEORGE TOWN: Polis menahan seorang pemotong daging yang bekerja dengan sebuah hotel antarabangsa di Batu Ferringhi di sini kerana memiliki 420gm ganja di dalam loker.

Lelaki itu, dalam usia lingkungan 40-an dijangka akan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata lelaki itu ditahan berhampiran hotel pada pukul 11.35 pagi Ahad.

"Kami menemui daun ganja dalam beg plastik. Terdapat juga pisau dalam loker," katanya dalam sidang akhbar di sini Isnin.

ACP Mior Faridalatrash berkata lelaki itu ditahan oleh anggota polis berikutan maklumat daripada orang ramai.

Artikel Lain