suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditemui Tergantung Dalam Bilik

ALOR SETAR: Seorang lelaki berusia 41 tahun ditemui mati dalam keadaan tergantung dalam bilik tidur rumahnya di Taman Bahagia, Jalan Kota Tanah di sini Sabtu.

Mangsa dikenali Chiu Chee Wei ditemui anggota keluarganya dalam keadaan tergantung dengan wayar elektrik yang berada pada dinding bilik itu kira-kira 1.30 petang.

Seorang anggota keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata Chiu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, kini tidak bekerja selepas peniagaan dijalankan sebelum ini tidak berjaya.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain