suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abu Backer Cabar Calon Lain Berdebat

Abu Backer ketika menemui pengundi di sekitar Bukit Gelugor pada pagi Sabtu.

GEORGETOWN: Calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor, Abu Backer Sidek Mohamad Zan mencabar lawannya untuk berdebat secara terbuka di hadapan pengundi di kawasan tersebut.

Beliau berkata, debat itu penting untuk membolehkan setiap calon memberi penjelasan kepada pengundi mengenai manifesto masing-masing.

Katanya, setiap calon akan diberikan ruang untuk membahaskan manifesto masing-masing supaya pengundi dapat menilai kredibiliti sebelum memilih calon yang layak pada Ahad depan.

"Kita nak pengundi buat pilihan terbaik dengan memilih wakil rakyat berdasarkan  kredibiliti dan kebolehannya.

"Cabaran ini dilontarkan untuk memastikan semua calon bertanding secara sihat pada PRK kali ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas bertemu peniaga dan penduduk di Pasar Awam Taman Tun Sardon, Gelugor di sini, Sabtu.

Abu Backer yang juga seorang peguam turut bertembung dengan  calon DAP, Ramkarpal Singh Deo yang berkempen di astaka medan selera berdekatan pasar tersebut.

Kedua-dua calon sempat bersalaman dan memberi kata-kata semangat antara satu sama lain.

Pada masa sama, Abu Backer meminta pengundi untuk menunaikan tanggungjawab dengan keluar mengundi pada 25 Mei ini.

"Jika anda rasakan saya mampu memberi khidmat dan menjalankan tanggungjawab dengan baik, berilah saya peluang kali ini.

"Namun jika anda lebih yakin dengan Ramkarpal, maka pilihlah beliau kerana semua pilihan di tangan anda,"katanya.

Bukit Gelugor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain