suria

Tempoh Tahanan Reman Ibu Bapa Kanak-Kanak Hilang Dilanjutkan Sehingga Isnin

KOTA KINABALU: Ibu bapa kanak-kanak hilang, Low Min You ditahan reman selama tiga hari lagi.

Majistret Herlina Muse melanjutkan tempoh reman sehingga Isnin untuk Low Yee Sheng, 31, dan isterinya Yong Siou Yee, 26, berikutan permohonan oleh pegawai penyiasat polis, Inspektor Shreethran Balan.

Permohonan itu dibuat pada pendengaran di lokap Ibu Pejabat Polis Sabah di Kepayan dekat sini kira-kira pukul 10.45 pagi Sabtu.

Low dan isterinya pada pendengaran itu diwakili oleh peguam Ram Singh.

Min You hilang pada 9 Mei.

Pada mulanya bapanya memberitahu polis bahawa dia telah meninggalkan anaknya di dalam trak pacuan empat roda untuk menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Kampung Air di pusat bandar di sini kira-kira pukul 5.50 pagi.

Apabila dia kembali, dia mendapati kenderaannya hilang dan beberapa jam kemudian ditemui di lokasi yang terletak kira-kira 2.5km jauhnya, di Signal Hill.

Bagaimanapun, Min You tiada di dalam kenderaannya.

Sumber bagaimanapun berkata bapanya kini mengubah cerita dengan mengatakan bahawa dia telah berhenti di tepi jalan kira-kira pukul 4.20 pagi pada 9 Mei.
Low Min You

Artikel Lain