suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mawan Letak Jawatan, Tubuh Parti Baharu Di Sarawak

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 11 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Sarawak dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mengisytiharkan keluar parti bagi menubuhkan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras).

Kepemimpinan parti baharu itu berikrar menyokong perjuangan BN.

Terdahulu, Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan dan pemimpin kanan SUPP yang juga Ketua Bahagian Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh meletak jawatan pada Khamis.

Kedua-dua Mawan dan Soon Koh berstatus menteri dalam kerajaan Sarawak.

Terkini, jejak kedua-dua pemimpin itu diikuti Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), George Lagong yang mengumumkan keluar parti dan menyertai Teras.

Selain itu, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang Ahli Parlimen mewakili parti berkenaan juga meletak jawatan untuk menubuhkan parti berkenaan.

Penubuhan parti itu menjadikan ia yang kedua terbesar dalam kalangan komponen BN Sarawak selepas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.

Mawan ketika ditemui wartawan berkata, beliau bukan 'kapten' yang terjun dari kapal, sebaliknya pemimpin yang berdepan dengan pergolakan dalam partinya sendiri.

Selain itu, Soon Koh pula mendakwa beliau 'dipaksa' keluar daripada SUPP.


Teras, Sarawak, Tan Sri William Mawan

Artikel Lain