suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adun Permaisuri Mohd Jidin Shafee Nafi Keluar Umno

Mohd Jidin Shafee.

KUALA TERENGGANU: Seorang lagi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dari Umno menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada parti itu dan menjadi wakil Bebas seperti tiga lagi wakil rakyat Umno.

Datuk Mohd Jidin Shafee, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permaisuri berkata, dalam mesej melalui SMS kepada Bernama bahawa beliau tetap bersama Umno.

Beliau ialah pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri. 

Terdahulu, Adun Kemasik Ir Rosli Othman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri menafikan beliau akan keluar daripada Umno dan menjadi wakil bebas.

Khabar angin tersebar di negeri ini selepas bekas menteri besar dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan dua wakil BN dari Umno - Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi) - mengumumkan mereka keluar daripada parti itu untuk menjadi wakil Bebas.

Dengan perkembangan terbaru politik itu, wakil BN di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkurangan daripada 17 kepada 14. PAS mempunyai 14 wakil rakyat di DUN dan PKR, satu.

Selepas Ahmad meletak jawatan sebagai menteri besar semalam, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu malam Isnin.

Artikel Lain