suria

Ibu Rayu Pulangkan Min You

KOTA KINABALU: Ibu kepada kanak-kanak hilang, Low Min You, 3, yang dipercayai diculik merayu supaya anaknya dikembalikan segera.

"Ibunya amat tertekan dan merayu kepada sesiapa juga yang mengambil Min You, tolanglah kebalikan kanak-kanak tidak berdosa itu.

"Saya percaya ia akan menjadi hadiah hari ibu yang paling bermakna untuknya," kata salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali.

Menurut ahli keluarga itu, ibu mangsa, Yong Siau Yee, 26, amat berharap agar dia dan anaknya dapat disatukan segera.

Sementara itu seorang lagi ahli keluarga mangsa,  Michelle Lim menerusi laman Facebookya berkata, keluarganya menawarkan sebanyak RM20,000 kepada sesiapa sahaja yang memulangkan Min You dalam keadaan selamat.

Sehingga kini polis masih belum menemui sebarang petunjuk berhubung kehilangan Min You yang dilarikan bersama kenderaan Hilux-Vigo yang ditinggalkan bapanya di sebuah stesyen minyak di Kampung Air, di sini, awal pagi Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi itu, mangsa yang berpakaian kemeja-t hijau dan berseluar pendek biru difahamkan sedang lena tidur di dalam kenderaan pacuan empat roda itu sebelum polis menemui kenderaan berkenaan di Menara Jam, Bukit Bendera pada kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengurung dengan sulit atau dengan salah yang boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Artikel Lain