suria

Tiga Penceroboh Ditahan Ketika Cuba Masuki Perairan Sandakan

KOTA KINABALU: Tiga penceroboh yang cuba masuk ke perairan Sandakan berjaya ditangkap selepas bot yang mereka naiki berlanggar dengan bot platun tiger, daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) pada malam Sabtu.

Dalam kejadian pada kira-kira 8.15 malam itu, polis sedang melakukan rondaan terserempak dengan bot yang dinaiki penjenayah terbabit sebelum meminta mereka memberhentikan bot itu.

Sumber memberitahu The Star bahawa berlaku pergelutan antara polis dengan kumpulan penceroboh berkenaan ketika mereka cuba meloloskan diri. 

Salah seorang daripada suspek yang cedera dihantar ke Hospital Duchess of Kent, sementara dua lagi suspek dibawa ke balai polis Sandakan untuk siasatan lanjut. 

Bagaiamanapun, pihak polis tidak menemui sebarang senjata api dalam bot yang dinaiki suspek, kata sumber berkenaan. 

Pihak polis sedang menyiasat sama ada kumpulan berkenaan mempunyai motif untuk menculik atau terlibat dengan aktiviti penyeludupan. 

Sementara itu, pegawai kanan polis Sandakan dan pengurusan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) gagal dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insiden berkenaan.  


penceroboh, perairan Sandakan

Artikel Lain