suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Bukan Negara 'Pak Turut' - Najib

PUTRAJAYA: Malaysia bukan menjadi negara 'pak turut' hanya kerana mengamalkan dasar berbaik-baik dengan kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata Malaysia berpegang kepada prinsip tersendiri dalam mengamalkan dasar luar dan tidak pernah dipengaruhi mana-mana negara.

Beliau turut menolak dakwaan Malaysia seolah-olah dikawal dua kuasa besar dunia itu apabila mempunyai hubungan baik dengan mereka.

"Prinsip kita ialah untuk berbuat baik dengan semua negara berdasarkan kepada pertimbangan apa yang kita fikirkan patut. Kita bukan negara pak turut...tak pernah... kita ada pendirian kita yang bebas," katanya dalam program Ruang Bicara Khas Bernama TV Bersama Perdana Menteri.

Program itu disiarkan melalui saluran Astro 502 pada 9 malam ini.

Beliau diminta mengulas lawatan Presiden Amerika Barack Obama ke Kuala Lumpur baru-baru ini serta pandangan kononnya Malaysia dikawal negara itu dan juga China.

Perdana menteri ditemu ramah selama sejam oleh Ketua Pengarang Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV Datuk Ibrahim Yahaya dan Penolong Pengarang Jamaluddin Muhammad sempena ulang tahun Umno ke-68, di Pejabat Perdana Menteri di sini.
 
Mengenai lawatan Obama, Najib berkata beliau telah menyatakan kepada presiden Amerika itu tentang pendirian kukuh Malaysia yang akan terus memperjuang keadilan dan hak bagi rakyat Palestin yang menderita sejak lebih enam dekad.
 
"Dalam hal ini, kita tak ada kompromi tentang apa yang kita hendak perjuangkan keadilan dan hak rakyat Palestin, kita teruskan.
 
"Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh ada hubungan strategik dengan Amerika Syarikat," katanya.

Lawatan Obama ke Kuala Lumpur hujung bulan lepas adalah yang kedua oleh presiden Amerika dalam tempoh hampir 50 tahun.

Dalam lawatan itu, Najib dan Obama sepakat meningkatkan hubungan dua hala Malaysia-Amerika kepada perkongsian komprehensif yang menandakan fasa baharu dalam hubungan kedua-dua negara termasuk dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pendidikan.

Najib Razak

Artikel Lain