suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Kanak-Kanak Ditemui Mati Lemas

PASIR MAS: Dua kanak-kanak ditemui mati lemas dipercayai ketika mandi di kawasan Tali Air Lati, dekat sini. 

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata mayat Muhammad Khairul Hafifi Mokhtar, 10, dan Nur Qamariah Ahmad Najman, 8, ditemui oleh penduduk kampung yang ketika itu melalui kawasan tersebut kira-kira 4.40 petang semalam. 

 
"Penduduk kampung melihat kedua-dua mangsa terapung dan tidak bergerak... kemudian bertindak untuk terjun ke tali air berkenaan bagi membawa kedua-dua mangsa ke tebing tali air tersebut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Lati, untuk bedah siasat. 

Sementara itu, bapa Muhammad Khairul Hafifi, Mokhtar Ramli, 41, berkata beliau mengetahui mengenai kejadian itu daripada penduduk kampung. 
 "
Semasa kejadian saya dan isteri berada di Tanah Merah untuk menghadiri kenduri dan meninggalkan anak berseorangan di rumah," katanya. 

mati lemas

Artikel Lain