suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tarikh Perhimpunan Agung Umno Dipinda 25 Hingga 29 November

Tengku Adnan Tengku Mansor.

KUALA LUMPUR: Tarikh perhimpunan agung Umno tahun ini dipinda kepada 25 hingga 29 November, kata Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada Khamis.

Tarikh asal perhimpunan dijadualkan pada hujung Oktober.

Beliau memaklumkan bahawa perhimpunan lima hari itu akan bermula dengan taklimat presiden pada 25 November dan diikuti dengan perasmian perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada sebelah malamnya.

Perhimpunan agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan berlangsung pada keesokan harinya, 26 November.

"Persidangan perhimpunan agung Umno 2014 pula akan bermula pada 27 November dan berakhir pada 29 November," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Artikel Lain