suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan Mudah Laksana Hudud - Tee Keat

PETALING JAYA: Bukan tugas yang mudah untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini yang masyarakat Islam dan bukan Islam hidup bersama, kata bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

"Sudah tentu pihak-pihak tertentu yang menyokong pelaksanaan hudud akan berhujah bahawa undang-undang hanya terpakai bagi orang Islam. Akhirnya, pelaksanaan hukuman itua pasti melibatkan semua kehidupan dan bukan hanya masyarakat Islam.

"Negara kita telah mengamalkan dasar sekular. Ia tidak bermakna kita mudah akan menutup mata kepada realiti bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya Muslim," katanya selepas sidang media mengenai program 'Menyokong Hak Menggunakan Anjing Pemandu Arah di Tempat Kemudahan Awam" di sini, Khamis.

Sementara itu, pengasas dan ketua Pegawai Eksekutif Dialogue in The Dark Sdn Bhd (DID) Stevens Chan Kum Fai berkata Persatuan Glaucoma Malaysia (MGS) dengan kerjasama Safe One's Side Mission Bhd telah memperjuangkan kempen itu sejak 2012.

"Kempen itu bertujuan mendidik masyarakat tentang perlunya memberi peluang kepada yang cacat penglihatan mengembalikan kehidupan, martabat dan mobiliti dengan bantuan anjing pemandu arah," kata beliau sambil memperkenalkan anjing pemandu arahnya, Lashawn Chan.

Artikel Berikut

Artikel Lain