suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hudud: Ketua Menteri, Pengerusi BN Diminta Nyata Pendirian

GEORGE TOWN: Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Bungah dari DAP Teh Yee Cheu meminta Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow menyatakan pendirian berhubung hukum hudud.

Beliau berkata kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP dan BN negeri perlu menerangkan kepada rakyat sama ada mereka menyokong atau menentang undang-undang jenayah Islam itu.

"Ketua menteri Pulau Pinang dan pengerusi BN negeri perlu bertanggungjawab untuk menjawab soalan ini. Saya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia kerana undang-undang hudud buat masa ini tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang kaum seperti Malaysia," katanya dalam sidang akhbar di sini, Rabu.

Isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kembali menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini apabila Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul berhubung perkara itu di Dewan Rakyat Jun ini.

Hasrat PAS untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ditentang keras sekutunya, DAP, atas alasan pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan PAS-DAP-PKR.


Hudud, Tanjung Bungah

Artikel Lain