MH370: Keluarga Diterbangkan Ke Perth Apabila Serpihan Pesawat Dikenal Pasti - Semasa | mStar

MH370: Keluarga Diterbangkan Ke Perth Apabila Serpihan Pesawat Dikenal Pasti

Warren Truss.
KUALA LUMPUR: Waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, akan diterbangkan ke Perth sebaik sahaja sebarang serpihan berkaitan pesawat itu dikenal pasti dan disahkan.

Menurut kenyataan rasmi berhubung Mesyuarat Tiga Pihak di Canberra, Australia, yang dihantar kepada Bernama, menteri-menteri yang turut serta dalam mesyuarat itu telah bersetuju, antara lain bahawa MAS akan bertanggungjawab bagi urusan perjalanan itu.

"Syarikat penerbangan itu juga akan bertanggungjawab bagi keperluan mereka untuk perjalanan itu, termasuk penerbangan, penginapan, pengangkutan dan bantuan keluarga," katanya.

Perkara itu, antara lain, dipersetujui dalam Mesyuarat Tiga Pihak dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss di Canberra, pada Isnin pagi sebagai sebahagian daripada program yang telah dipersetujui untuk waris.

Mesyuarat itu turut disertai Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan China Yang Chuantang.

Menteri berkenaan juga bersetuju bahawa Australia menyediakan bantuan dan maklumat kepada waris, dari segi syarat kemasukan untuk memastikan perjalanan mereka untuk masuk dan keluar Australia berjalan lancar.

China juga akan secara aktif mempermudah dan membantu dalam hal ehwal berkaitan waris warga China, menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Truss dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu, menjelaskan pencarian kini akan dipergiat di dasar laut selatan Lautan Hindi termasuk untuk memetakan kawasan pencarian.

Beliau berkata langkah itu perlu selepas kegagalan mengesan sebarang serpihan pesawat yang hilang itu melalui usaha mencari dari udara, di permukaan air dan dalam air sejak 59 hari lalu.

Truss berkata pemetaan demografi lautan dijangka mengambil masa enam minggu, kerana sebahagian besar kawasan itu tidak pernah dibuat pemetaan sebelum ini.

MH370 , Perth

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain