suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat Bayi Lelaki Ditemui Dalam Beg Tepi Tali Air

KOTA BAHARU: Mayat bayi lelaki yang dilahirkan dalam keadaan bernyawa dan cukup sifat ditemui dalam beg kain di tepi tali air di Jalan Dusun Muda di sini, petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, pihak polis yang menerima laporan bergegas ke tempat kejadian dan mendapati bayi terbabit sudah tidak bernyawa dan mayatnya dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Hasil bedah siasat mendapati bayi yang dibalut dengan tuala itu dilahirkan secara normal dan dalam keadaan bernyawa sebelum ditemui mati.

"Terdapat penerimaan susu dalam badan bayi. Paru-parunya kembang serta saluran darah dari tali pusatnya tertutup menunjukkan bayi itu dilahirkan dalam keadaan bernyawa.

"Bagaimanapun terdapat kesan kecederaan dengan sedikit pendarahan pada bahagian belakang kepala bayi itu yang berkemungkinan berlaku akibat bayi itu dilahirkan dalam keadaan ibunya berdiri atau kerana bayi itu dicampak ke tali air," katanya.

Azham berkata, siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.

Beberapa orang penduduk mendakwa melihat seorang wanita yang mencurigakan sebelum itu.

"Kami nampak seorang wanita berjubah yang berjalan kaki dalam keadaan perlahan dan dilihat memeluk sesuatu di tepi tali air sebelum kami dikejutkan dengan penemuan bayi berkenaan," kata mereka.


Artikel Lain