suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peserta Perhimpunan CBP Langar Akta Perhimpunan Aman

Peserta mula berhimpun di Masjid Negara pada pagi Khamis sebelum bergerak ke Dataran Merdeka seperti yang dirancang.

KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (CBP) mula berkumpul di lima lokasi di ibu negara dengan segelintir mereka dilihat melanggar syarat dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

Sekalipun polis telah berkompromi dengan membenarkan perhimpunan itu diadakan secara aman dan perlu mematuhi APA 2012, tinjauan Bernama mendapati ada segelintir daripada mereka membawa kanak-kanak dan kain rentang dan perbuatan itu jelas melanggar syarat-syarat dalam APA 2012.

Mereka yang terbabit dilihat mula berkumpul sejak 9.30 pagi di sekitar pusat beli belah Sogo, Masjid Negara, KLCC, Kampung Baru dan Dataran Maybank.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh dalam sidang medianya semalam memberi peringatan tegas kepada peserta perhimpunan dan pihak penganjur agar mematuhi syarat APA 2012 demi keselamatan umum setelah mereka dibenarkan untuk berhimpun secara aman pada Khamis.

"Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan membawa kanak-kanak, pembesar suara, kain rentang dan senjata ketika perhimpunan sedang berlangsung," katanya.

Antara kain rentang yang dibawa mereka tertera perkataan "GST Cukai yang melampau satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia", "Tak nak GST" dan "TPPA makes Malaysia colony of USA" (TPPA menjadikan Malaysia tanah jajahan Amerika).

Tinjauan Bernama juga mendapati keadaan lalu lintas di sekitar ibu negara masih terkawal.

Setakat 11 pagi ini, jurucakap Polis Trafik Kuala Lumpur berkata tiada penutupan jalan dilakukan di ibu negara.

Turut kelihatan beberapa anggota polis mengadakan rondaan di kawasan-kawasan strategik di ibu negara dan kawalan ketat oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di lokasi perhimpunan iaitu di Dataran Merdeka.


CBP, Perhimpunan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain