suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Tidak Cadang Kurangkan Penjawat Awam -PM

Penjawat awam mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sambutan Hari Pekerja di Dewan Wawasan Kubang Pasu, Jitra, Kedah pada Khamis. - G.C.TAN

JITRA: Kerajaan tidak bercadang untuk mengurangkan bilangan penjawat awam di negara ini yang kini berjumlah 1.5 juta orang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata kerajaan bukanlah seperti pembangkang yang bercadang untuk membuang separuh penjawat awam atau menguncupkan saiz perkhidmatan awam jika mereka berkuasa.

" Kerajaan hari ini tak ada cadangan sedemikian. Kita mesti faham ini... memang bertimbang rasa," katanya ketika merasmikan Hari Pekerja Penjawat Awam Tahun 2014 di Dewan Wawasan di sini, Khamis.

Bagaimanapun, Najib berkata kerajaan memerlukan banyak pertimbangan dalam memenuhi permintaan penjawat awam berdasarkan kemampuan kerajaan.


Jitra, Kedah, Penjawat Awam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain