suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengkel Kereta Hangus

KUANTAN: Sebuah kedai tayar dan servis membaiki kereta di Jalan Beserah di sini musnah dalam kebakaran pada malam Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan perkara itu pada 10.07 malam.

Beliau berkata pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke stesen minyak dan lot kedai yang bersebelahan kedai tayar berkenaan.

"Empat jentera dengan kekuatan 32 anggota dari tiga Balai Bomba di Kuantan, Taman Tas dan Indera Mahkota dihantar ke tempat kejadian. Punca kejadian masih disiasat," katanya.

Sementara itu, pemilik kedai itu Yap Yun Hock, 60-an, berkata beliau mendapat panggilan mengenai kebakaran itu dari seorang pekerjanya pada 10 malam.

Kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan lebih RM1 juta, katanya.


Kuantan, Bengek Kereta

Artikel Sebelum

Artikel Lain