suria

PM Beri Penghormatan Kepada Pemegang Rekod Malaysia Book Of Records

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kanan) merasmikan buku Malaysia Book of Records (MBR) edisi kesembilan sempena Malam Pengiktirafan MBR 2014 di Kuala Lumpur, malam Rabu. Turut hadir Pengasas MBR, Datuk Danny Ooi. Foto BERNAMA

PETALING JAYA: Malaysia Book of Records (MBR) yang mengadakan majlis bagi memberi penghormayam kepada lebih 90 pemegang rekod di mana 60 daripada mereka hadir untuk menerima anugerah.

Acara itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib, dalam ucapannya berkata, pemegang rekod dan pemenang yang telah mencatatkan nama di dalam MBR merupakan inspirasi kepada generasi akan datang.

Beliau berkata dengan MBR, kecemerlangan dan pencapaian mereka akan dikenali generasi muda.

"Satu perkara mengenai rekod-rekod ini adalah bahawa mereka membuatnya untuk memecahkan rekod. Kejayaan dan pencapaian anda akan membuatkan memacu yang lain untuk cemerlang, berlatih keras supaya mereka bergerak lebih cepat, untuk belajar dengan tekun supaya mereka dapat mengembara lebih jauh.

"Ini adalah warisan anda, dan saya tidak boleh berfikir satu pun yang lebih baik," kata Najib.

Perdana Menteri turut melancarkan edisi kesembilan MBR pada majlis itu yang disiarkan secara langsung di paparan LED bangunan Umno di Kuala Lumpur.

Antara pemegang rekod yang diberikan penghormatan dalam kategori Ikon Malaysia adalah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Shake. Mereka yang lain dalam kategori itu termasuk pereka kasut terkenal Datuk Jimmy Choo, hartawan Tan Sri Vincent Tan, angkasawan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.

Antara kategori lain adalah Anugerah Perniagaan Cemerlang, Anugerah Seni dan Hiburan, Anugerah Sukan Cemerlang dan Anugerah Individu Cemerlang.

Malaysia Book of Records, MBR

Artikel Sebelum

Bengkel Kereta Hangus

Artikel Berikut

Artikel Lain