suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Palanivel Terus Berahsia Tiga Calon Senator

G.Palanivel.
KUALA LUMPUR: Presiden MIC Datuk Seri G.Palanivel terus merahsiakan tiga nama yang akan dipilih daripada parti itu sebagai senator yang akan mengangkat sumpah semasa sidang Dewan Negara Jun ini.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan tiga kerusi senator untuk MIC. Selalunya, presidenlah yang menentukan siapa yang mengisi kerusi itu," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau berkata setiap senator akan hanya berkhidmat untuk satu penggal tiga tahun, bukan dua penggal atau enam tahun seperti sebelum ini.

Bulan lepas, sebuah portal berita melaporkan menurut satu sumber parti itu, Palanivel menamakan tiga muka baharu untuk dilantik sebagai senator bagi mengisi kuota MIC.

Mereka ialah naib presiden MIC S. Sothinathan, bendahari agung S. Murugesan dan bekas timbalan ketua Pemuda V. Mugilan.

MIC diberi kuota enam senator, tiga daripadanya kini disandang anggota Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu, yang juga pengerusi MIC Bahagian Petaling Jaya Selatan V.Subramaniam, anggota Jawatankuasa Kerja Pusat A Sivapakiam dan bekas bendahari agung Jaspal Singh.

Dalam perkembangan lain, Palanivel berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukriz Tun Dr Mahathir berjanji akan melaksanakan sistem giliran bagi jawatan senator daripada MIC Kedah pada masa akan datang.

Kata Palanivel beliau akan berbincang dengan Mukriz tentang perkara itu.

"Ia adalah satu penggal bagi MIC dan dua penggal bagi parti komponen utama Barisan Nasional," katanya.
MIC, Senator, G.Palanivel

Artikel Lain