suria

Jason Lim Terbit Filem Kisah Tabiat Buruk Pemandu Malaysia

Antara babak filem arahan Jason Lim yang memaparkan 'mangsa' kemalangan jalan raya yang cedera tidak mendapat bantuan orang ramai.

KUALA LUMPUR: Pengarah muda, Jason Lim menerbitkan filem ringkas empat minit mengenai pemandu jahil, tidak bertimbang rasa dan mementingkan diri di jalan raya Malaysia.

Beliau yang berusia 28 tahun berkata filem itu bertujuan menonjolkan pentingnya pemandu kenderaan memberi laluan kepada ambulan yang bergegas pergi ke dan balik dari tempat kemalangan.

Filem berjudul, "Who cares!!! The Truth About Malaysian Drivers" (Siapa peduli!!!, Hakikat mengenai Pemandu Malaysia), mendokumentasi perbuatan pemandu yang gemar mengekori rapat kenderaan lain dan menghalang ambulan.

Jason Lim Productions merakam kejadian kemalangan di Kuala Lumpur dan meletak kamera tersembunyi dalam kenderaan kemalangan untuk merakam bagaimana pemandu sengaja memperlahankan kenderaan mereka untuk mengambil gambar bagi kegunaan mereka sendiri.

"Filem atau pengumuman khidmat awam ini memaparkan unsur-unsur cinta, takut, marah dan kematian.

"Pembikinan filem ini, kami berharap dapat menarik perhatian pemandu dan orang ramai untuk memahami pesanan penting di sebaliknya," katanya.

Lim berkata, beliau sedang berbincang dengan rangkaian televisyen tempatan untuk menyiarkan dokumentari itu. 


Artikel Sebelum

'Kembar' Obama Di Malaysia

Artikel Berikut

Artikel Lain