'Look And Feel' Konsep Baharu Festival Belia Putrajaya 2014 - Semasa | mStar

'Look And Feel' Konsep Baharu Festival Belia Putrajaya 2014

Khairy Jamaluddin disergah zombi ketika melawat tapak pameran Zombie Run sempena majlis pra pelancaran FEP 2014 di lobi Kementerian Belia dan Sukan, Khamis.

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yakin Festival Belia Putrajaya (FBP) 2014 bakal menjanjikan pengalaman 'lain dari yang lain' kepada kumpulan sasar berbanding penganjurannya sebelumnya.

Dengan bertemakan 'Dari Belia Untuk Belia', festival tiga hari bermula 23 hingga 25 Mei ini bakal menyaksikan belia Malaysia lebih menonjol dengan minat dan kreativiti masing-masing.

Khairy berkata, konsep baharu 'Look And Feel' yang diterapkan juga berbeza dan selari dengan cita rasa anak muda masa kini.

"Festival sama tahun lalu berjaya menarik dua juta pengunjung dan kali ini kami memperbagaikan acara tetapi tiada sasaran jumlah pengunjung ditetapkan, sebaliknya lebih mementingkan kualiti program.

"Konsep yang diterapkan tahun ini lebih kepada memperbaiki beberapa kekurangan tahun lalu dan mana-mana yang baik kita kekalkan," katanya pada sidang media selepas pelancaran pra Festival Belia Putrajaya 2014 di Kementerian Belia dan Sukan, Khamis.

Khairy juga mengharapkan festival tahun ini dapat berlangsung dengan lebih tersusun seperti mana yang dirancang.

"Sebelum ini saya tengok kekurangan yang ada akan diperkemaskan," katanya.

Beliau berkata, setiap aktiviti yang dilaksanakan diterajui belia dan menjadi medium terbaik untuk golongan itu mempamerkan bakat dan mencetuskan inspirasi melalui penganjuran pelbagai program.

"Festival kali ini mengetengahkan pendekatan yang seimbang agar dapat memberi lebih banyak manfaat kepada golongan belia dari semua lapisan masyarakat," katanya.

Khairy berkata, festival ini bukan hanya tertumpu kepada hiburan sahaja, malah Program Modal Insan turut diselitkan, selain Tilawah al-Quran, pertandingan nasyid, kompang formasi, pidato dan selawat.

"Pelbagai acara lain mengikut zon turut disediakan seperti karnival sukan, seni dan kebudayaan, wayang pacak dan sebagainya," katanya.

FBP 2014 akan berlangsung di Persiaran Perdana , Presint 4 dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Artikel Berikut

Suspek Bertatu Harimau Ditahan Di Ipoh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?