suria

RIP Boleh Jadi Ungkapan Tenangkan Keluarga Si Mati - NGO Islam

PETALING JAYA: Tanda isyarat yang bermaksud baik, seperti meluahkan ucapan takziah menggunakan ungkapan "Rest In Peace" (Bersemadi Dengan Aman) boleh membantu menenangkan ahli keluarga yang bersedih terhadap kematian orang yang tersayang, kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa.

Beliau berkata, dalam berhadapan waktu yang sukar, seseorang boleh menggunakan perkataan terbaik bagi meluahkan simpati dan empati berhubung pemergian itu.

Beliau mengulas mengenai laporan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan "tidak menggalakkan" penganut agama Islam untuk menggunakan perkataan "Rest in peace" (RIP) ketika mengucapkan takziah kepada keluarga bukan Islam.

Ia dilaporkan berdasarkan konotasi agama yang berasal dari doa asal yang disebut dalam bahasa Latin.

Kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan itu disiarkan di laman web rasminya pada Disember tahun lalu dan perkara itu timbul semula berikutan kematian peguam dan ahli politik, Karpal Singh.

Satu portal berita melaporkan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin sebagai berkata meminta Majlis Fatwa Kebangsaan memperincikan fatwanya mengenai ucapan RIP.

Dr Ahmad Farouk berkata, tanda isyarat bermaksud baik dengan ucapan takziah yang ringkas adalah "Rest in peace" (Bersemadi dengan aman).

"Beliau (Asri) berkata dalam satu hadis bahawa Tuhan menyatakan ‘Dia tidak akan mengazab sehingga Dia menghantar rasul’," katanya.

Dr Ahmad Farouk menambah bahawa ia dikaitkan dengan Nabi yang memperingatkan teman-temannya dalam perang Badar supaya tidak menggunakan perkataan yang menyakitkan hati orang yang mati di kalangan mereka tiada kepercayaan kerana ia akan menyinggung perasaan orang yang masih hidup.

Ketua Umum Dewan Pemuda Masjlid Malaysia, Dr Mohd Nawar Ariffin berkata, cadangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang ditujukan kepada penganut agama Islam itu hanya sebagai "tidak digalakkan".

"Saya merasakan tiada apa yang salah dengan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan. Ia secara jelas merujuk kepada orang Islam dengan penekanan yang khusus terhadap keperluan menghormati orang lain dari kepercayaan yang berbeza namun mengekalkan ketegasan berhubung kepercayaan sendiri (aqidah)," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Lain