suria

JPP Siasat Azmin, Saifuddin

PETALING JAYA: Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Mohamed Azmin Ali mungkin hilang kelayakan bertanding pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hujung bulan ini jika didapati bersalah melanggar tatacara berkempen.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR memandang serius pelanggaran etika kempen khususnya dakwaan bahawa dua calon Timbalan Presiden itu mengeluarkan kenyataan menyerang antara satu sama lain melalui media arus perdana.

Pengerusinya, Datuk Johari Abdul turut mengakui mengetahui mengenai dakwaan wujud pelanggaran etika berkempen oleh kedua-dua pemimpin utama parti itu.

"Saya tahu dan sudah baca laporan di akhbar mengenai perkara ini. Tapi buat masa ini JPP tidak mempunyai agenda untuk menyiasat mengenainya.

"Kita akan bincang mengenainya selepas 21 April ini iaitu selepas proses bantahan pencalonan ditutup," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai wawancara Saifuddin yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada Sabtu lalu yang didakwa menyerang peribadi Mohamed Azmin dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain itu, Mohamed Azmin turut diberikan ruang di TV3 iaitu saluran media yang diboikot PKR untuk mengulas mengenai penstrukturan isu air Selangor yang dilihat banyak pihak sebagai cubaan menjatuhkan kredibiliti Abdul Khalid selaku Menteri Besar.
PKR, Azmin, Saifuddin

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain