suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

KJ Dan Marina Mahathir 'Berentap' Di Melbourne

MELBOURNE: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan menjadi penceramah utama pada Sidang Kemuncak Malaysia Australia (MASA) kali kedua di sini bulan ini.

Selain beliau, Datin Paduka Marina Mahathir, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan, kolumnis dan blogger sosiopolitik juga dijangka berucap pada persidangan itu.

Persidangan bertemakan 'Menghubung Idea, Membentuk Masa Depan' itu akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Melbourne pada 21 April.

"MASA ingin menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai kepentingan - pelajar dan bukan pelajar - di satu tempat," kata pengurus media MASA Ili Nazira Mokhtar dalam satu kenyataan.

"Kami berhasrat untuk membina komuniti Malaysia di Australia yang kukuh dan bersatu padu sambil menjalin hukuman akrab dengan komuniti Australia," katanya.

Acara lain yang turut diatur adalah Sukan MASA dan Pameran Kerjaya mengetengahkan beberapa syarikat Malaysia seperti Astro serta Shell.

Artikel Sebelum

Artikel Lain