Syabas! Kastam KLIA Rampas Syabu RM12.7 Juta - Semasa | mStar

Syabas! Kastam KLIA Rampas Syabu RM12.7 Juta

Pengarah Kastam KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim

> Ia adalah rampasan dadah terbesar dalam sejarah Kastam KLIA

> Dibawa masuk melalui Lagos, Nigeria

> Diikrar sebagai rambut palsu dalam 11 beg

> Pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan Kastam Nigeria kenalpasti pengirim

SEPANG: Methamphetamine atau syabu seberat 66.57 kg bernilai RM12.7 juta berjaya dirampas di gudang Malaysia Airlines (MAS) Kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Isnin lepas.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia KLIA, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, rampasan dadah yang dibawa masuk dari Lagos, Nigeria itu Sabtu lepas merupakan yang terbesar dalam sejarah kastam KLIA.

"Hasil pemeriksaan rapi pada pukul 5 petang, didapati dadah tersebut diletakkan di dalam 11 beg jinjit dan dibungkus dalam 67 bungkusan kecil," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, Jumaat.

Beliau berkata, dadah tersebut diikrar sebagai 'hair attachment' (rambut palsu) dan diimport oleh sebuah syarikat yang tidak berdaftar yang beralamat di Klang, Selangor.

Nombor telefon bimbit yang tertera di dokumen penerimaan barang 'airway bill' dadah-dadah tersebut juga gagal dihubungi.

Chik Omar berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan kastam Nigeria bagi mengesan individu yang bertanggungjawab menghantar dadah tersebut.

"Modus Operandi mereka ialah mereka akan menunggu panggilan dari Mas Kargo untuk mengambil barang tersebut, tetapi disebabkan pihak penguat kuasa kita berjaya menghidu kegiatan tersebut, mereka tidak menampilkan diri," katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kegiatan tersebut pernah terlepas sebelum ini.

Sementara itu dalam kes berasingan pada hari yang sama, sebanyak 1,645 paket (32,900 batang) rokok putih bernilai RM1,809 dan berduti kastam RM6,580 dirampas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Chik Omar berkata rokok tersebut diseludup oleh tiga warga Kemboja termasuk dua wanita yang berumur antara 24 hingga 54 tahun.

Kesemua mereka telah dihadapkan ke mahkamah serta dihukum denda RM18,090 dan penjara satu bulan untuk setiap seorang, katanya.

Artikel Sebelum

Pemilihan PKR: Empat Kem 'Bertempur'

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain