suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Azmin, Mohamed Hanipa Diperintah Keluar Dewan

Azmin Ali.
KUALA LUMPUR: Dua anggota Parlimen pembangkang Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Mohamed Hanipa Maidin (PAS-Sepang) diperintahkan keluar daripada menghadiri persidangan sebelah pagi Dewan Rakyat pada Khamis kerana ingkar arahan Speaker.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan perintah itu apabila Azmin berkeras untuk mempersoalkan kenapa usul mengenai perilaku hakim diletakkan sebagai perkara terakhir dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Sebelum itu Pandikar enggan memberi laluan kepada timbalan presiden PKR itu untuk membangkitkan perkara berkenaan, menyebabkab Azmin bertikam lidah dengan beliau.

Mohamed Hanipa yang kemudian bangun bersama beberapa anggota pembangkang lain untuk mempertahankan tindakan Azmin itu, turut diperintah keluar dewan setelah beliau ingkar arahan Speaker untuk duduk.

Sejurus kemudian, kesemua wakil pembangkang meninggalkan dewan sebagai membantah keputusan Pandikar, namun mereka masuk semula selepas waktu rehat tengah hari.

Azmin dan Mohamed Hanipa turut dibenarkan masuk semula ke dalam dewan pada persidangan selepas waktu rehat tengah hari.

Pandikar membuat keputusan membenarkan mereka masuk semula, sebelum sesi penggulungan perbahasan rang undang-undang Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan) 2013.

"Saya menggunakan kuasa saya untuk memanggil ahli Parlimen Gombak dan Sepang, seperti termaktub dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 90. 

"Dewan juga memerlukan wakil pembangkang untuk berhujah semasa penggulungan rang undang-undang ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain