suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

14 Tapak Pembinaan Diarah Hentikan Kerja Kerana Aedes

Jentik-jentik yang dikesan di tapak pembinaan yang menjadi lubuk aedes membiak.

PETALING JAYA: Sebanyak 14 tapak binaan di Selangor diberi notis henti kerja oleh Kementerian Kesihatan kerana didapati menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

Ini berikutan Ops Gempur Khas tapak pembinaan yang dilakukan pada Rabu.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pemaju tapak binaan diminta membersih dan menghapus kawasan pembiakan nyamuk aedes di kawasan mereka.

Sementara itu, dari 1 Jan sehingga 7 April, sebanyak 26,658 kes denggi dilaporkan di seluruh negara berbanding hanya 6,688 kes pada masa sama tahun lepas, kata Subramaniam pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Selangor mencatatkan angka tertinggi dengan 14,905 kes atau 56 peratus dari jumlah keseluruhan kes.

Aedes, Kesihatan, Denggi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

120,000 Muflis Sejak 2007

Artikel Lain