suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

120,000 Muflis Sejak 2007

KUALA LUMPUR: Sejumlah 122,169 rakyat Malaysia diisytihar muflis bagi tempoh 2007 hingga tahun lepas berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata golongan muflis itu meningkat pada setiap tahun sejak 2007 hingga tahun lepas.

Sejumlah 33,570 orang atau 26.54 peratus daripada golongan ini diisytihar muflis dalam tempoh berkenaan kerana masalah sewa beli kenderaan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Rabu.

Nancy berkata beliau mensasarkan pengurangan bilangan muflis di negara ini sebagai Petunjuk Prestasi Utamanya (KPI).

Kerajaan melalui MDI telah mengadakan beberapa program bagi mengawal peningkatan ini dengan memberi pendedahan dan mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan kewangan.


MDI, Muflis

Artikel Lain