Khalid Sifatkan Gandingan Tiga Pemimpin PKR Bukan Ancaman

Abdul Khalid Ibrahim.
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan tindakan tiga pemimpin PKR (Parti Keadilan Rakyat) berganding sebagai satu pasukan bagi menghadapi pemilihan parti itu bulan hadapan bukan satu ancaman kepadanya.

Katanya, gandingan itu tidak memberikan sebarang tekanan kepadanya malah ia tidak menghalang untuknya merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di sini Rabu ketika diminta mengulas pembentukan gandingan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution , Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli bagi menghadapi pemilihan parti.

Pembentukan gandingan itu dilaporkan bertujuan untuk mengelakkan pergaduhan dalaman parti di antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali serta mengembalikan parti itu ke landasan perjuangannya semula.

Pertandingan Timbalan Presiden PKR menyaksikan penyandang Mohamed Azmin dicabar Abdul Khalid, Saifuddin, Naib Presiden Tian Chua, Datuk L. Ramachandran dan S. Murali.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin ketika ditemui di lobi dewan enggan memberikan komen lanjut mengenai gandingan itu sebaliknya hanya menyifatkan ia sebagai hak demokrasi Nurul Izzah dan Rafizi pula akan bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan kali ini.

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain