suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penculikan Di sabah: Sabah Tidak Akan Tutup Resort Di Pulau-Pulau Kecil

Datuk Musa Aman
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Musa Aman berkata Sabah tidak mempunyai rancangan untuk menutup pusat peranginannya yang terletak di kawasan pulau-pulau terpencil selepas  dikejutkan dengan kes penculikan pada Rabu lepas di sebuah resort di Semporna.

Musa mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Jumaat bahawa Esscom tidak boleh dipersalahkan kerana kejadian itu dan lebih baik jika resort-resort di pulau-pulau terpencil itu ditutup.

"Kita tidak akan menutup resort di pulau-pulau. Saya akan memberitahu ini kepada Wan Junaidi," kata Musa pada Selasa.

Wan Junaidi dipetik pada Jumaat lepas sebagai berkata: "Jika ditanya saya, saya akan mengatakan resort-resort di pulau kecil, dan terpencil harus ditutup. Tiada siapa yang boleh menjamin keselamatan tempat-tempat ini apabila ia terletak jauh di luar pantai. Polis dan tentera tidak boleh berada di sana sepanjang masa."

Pelancong China Gao Huayun, 29, dan pekerja Filipina Marcy Dayawan @Mimi, 40, telah diculik dari resort Singgahmata di Semporna Rabu lepas oleh tujuh lelaki bersenjata yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf hanya dua hari selepas Esscom menyambut ulang tahun pertamanya.
resort, Singgahmata, Datuk Musa Aman

Artikel Lain