suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Musa Aman Mahu Semua Usaha Digembleng Selesai Kes Culik Di Semporna

Musa Aman.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu segala sumber digembleng bagi menyelesaikan kes penculikan dua orang di Semporna.

Beliau berkata, pihak polis dan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohammad Mentek telah memberi penerangan kepadanya berhubung kes itu.

"Saya telah mengarahkan pihak berkaitan untuk menggembleng segala usaha ke arah menyelesaikan kes ini," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Lewat malam Rabu, seorang pelancong China dan seorang warga Filipina hilang dari sebuah resot di Semporna yang dipercayai diculik kumpulan bersenjata.

Musa berkata, keselamatan perlu diperketatkan lagi terutama menerusi Esscom.

"Kita mesti berwaspada setiap masa bagi memastikan keselamatan kita tidak dikompromi," katanya.

Artikel Lain