suria

Penerbangan MAS Ke London Ditunda Ekoran Masalah Teknikal

PETALING JAYA: Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) ke London terpaksa dijadualkan semula pada Khamis kerana masalah teknikal yang melibatkan pesawat.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata penerbangan MH004 yang dijadual berlepas ke London pada jam 10.10 pagi telah ditunda atas sebab-sebab keselamatan.

"Oleh kerana keselamatan penumpang adalah keutamaan kepada syarikat penerbangan ini, penjadualan semula masa adalah perlu untuk memudahkan kerja-kerja membetulkan pesawat," kata kenyataan itu.

Penerbangan itu dijadualkan semula pada pukul 2.15 petang hari yang sama.

Sejak kehilangan MH370, terdapat beberapa siri kemalangan yang melibatkan pesawat termasuk kebakaran enjin dalam penerbangan Malindo, penerbangan MAS melanggar sekumpulan itik di Kathmandu dan penerbangan MAS ke Korea Selatan telah dialihkan ke Hong Kong selepas kegagalan generator pesawat.
MAS, London, MH004

Artikel Lain