suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bank Negara Nafi Keluar Arahan Naikkan Kadar Faedah Sewa Beli Kereta

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan mengeluarkan sebarang arahan kepada bank-bank supaya menaikkan kadar faedah bagi pembiayaan sewa beli kenderaan.
 
BNM dalam kenyataan pada Selasa berkata tiada sebarang arahan daripada bank pusat itu untuk menaikkan kadar faedah pembiayaan kenderaan.

"Institusi kewangan menetapkan kadar pinjaman mereka sendiri yang ditentukan oleh pelbagai faktor termasuk penilaian institusi kewangan terhadap kedudukan kredit peminjam, kadar pembiayaan pasaran dan pertimbangan yang kompetitif," katanya.

Sebuah akhbar kewangan tempatan pada Selasa melaporkan kadar faedah pinjaman sewa beli telah meningkat sebanyak 40 mata asas bagi kenderaan nasional dan bukan nasional dalam tempoh dua minggu lepas. 

Menurut akhbar itu, bank-bank menyatakan peningkatan itu adalah "arahan" Bank Negara Malaysia, sebahagian daripadanya didorong oleh kebimbangan pinjaman tidak berbayar untuk kenderaan bermotor yang semakin meningkat.

Artikel Lain