suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Nelayan Jumpa Mayat Tanpa Kepala

Anggota Polis menutup mayat tanpa kepala yang dijumpai pencari botol di Pantai Batu 6, Janglau, dekat Rompin, Rabu. Foto BERNAMA

ROMPIN: Dua nelayan yang asyik mengutip botol di Pantai Batu 6 Janglau dekat sini terkejut apabila menemui mayat lelaki tanpa kepala terdampar di tepi pantai.

Mohd Sharif Kupa dan rakannya ternampak sekujur tubuh terbaring di kawasan itu tetapi apabila mendekatinya mereka terkejut apabila mendapati mayat itu tidak berkepala.

Ketua Polis Daerah Rompin, DSP Johari Jahaya berkata, mayat lelaki tanpa kepala yang berusia lingkungan 20an itu masih lengkap berbaju t dan berseluar pendek.

Katanya, pemeriksan awal mendapati terdapat satu lubang di bahagian dada mayat yang tidak dapat dipastikan sama ada dicederakan, tercucuk objek tajam atau kemungkinan dimakan ikan semasa hanyut. Identiti mangsa belum dapat dipastikan selain mayat itu sudah mereput.

Punca kematian belum dapat dipastikan.

Kata Johari, mayat itu di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan sesiapa yang kehilangan ahli keluarga lelaki agar menghubungi

Balai Polis Kuala Rompin di talian 094145222.
mayat, tanpa kepala

Artikel Lain